Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan dari kami, maka kami dengan berbesar hati memohon jasa baik anda untuk membaca terma dan syarat di bawah supaya urusan perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Memandangkan kami tinggal di Germany, sistem yang kami gunakan ialah sistem pre-order di mana barangan yang hendak dibeli mestilah dibuat pesanan terlebih dahulu dan sekiranya barangan terdapat dalam stok barulah penghantaran akan dilakukan. Anda akan dihubungi sekiranya barangan tiada di dalam stok. Penghantaran ke Malaysia akan dilakukan untuk tempoh tertentu sahaja mengikut jumlah barangan yang ditempah oleh pelanggan. Tarikh penghantaran barangan ke Malaysia akan diberitahu melalui email.
Terma dan syarat pembelian :
- Harga barangan adalah tidak termasuk kos penghantaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Kos penghantaran dan risiko penghantaran adalah di bawah tanggungan pelanggan.
- Anda juga diberi pilihan untuk mengambil barang yang telah dibeli di lokasi-lokasi tertentu. Lokasi dan nombor telefon untuk dihubungi akan diberikan kepada anda melalui email.
- Pembelian adalah bergantung kepada stok yang sedia ada. Sekiranya kehabisan stok maka kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin.
- Pembelian adalah berdasarkan kepada tempahan dan pembayaran dari pelanggan. Sekiranya anda berminat untuk membeli sesuatu produk, anda hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu. Pihak kami akan memberi pengesahan tentang tempahan tersebut melalui email dan sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda hendaklah memindahkan jumlah wang yang sepatutnya ke dalam akaun kami. Sila simpan nombor rujukan atau resit pemindahan wang sebagai rujukan atau bukti pembayaran.
- Penghantaran barangan ke Malaysia akan mengambil masa selama 4-6 minggu. Sesudah barangan tiba di Malaysia, penghantaran ke rumah anda melalui pos akan mengambil masa antara 3-5 hari.
- Sekiranya kami mempunyai stok di Malaysia, anda tidak perlu menunggu lama untuk barangan tersebut. Kami akan menghantar barangan tersebut dengan segera.
- Barangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan semula.
- Sekiranya pembelian anda melebihi jumlah tertentu, diskaun akan diberikan. Kami akan menghubungi anda melalui email untuk promosi tersebut.
- Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui email.
Cara pembelian :
- Tempahan dan pembelian hendaklah dibuat melalui email. Sila nyatakan ;
Nama :
Email :
Telefon (Rumah atau Telefon bimbit) :
Alamat rumah :
Kod produk :
Jumlah :
Warna (sekiranya dinyatakan) :
Jantina bayi :
- Sila hantarkan butiran yang lengkap seperti di atas ke email berikut :
kamaliamahali@gmail.com
fishy_pieces@yahoo.com.my
- Boleh juga menjadi kawan saya di facebook.
http://www.facebook.com/kamalia.mahali
Salam
ReplyDeleteMasih ada ke stok botol nuk ni?
Salam
ReplyDeleteMasih ada ke stok botol nuk ni?